Baru-baru ini viral di media sosial apabila seorang penumpang teksi tidur mati sehigga terpaksa mendapatkan bantuan pihak polis.

Menurut pemandu teksi tersebut, penumpang yang merupakan lelaki berusia 20-an itu menaiki teksinya dari Kuala Lumpur untuk pulang ke rumahnya di Taman Sri Pulai pada pukul 9 pagi.

BACA: Remaja Kahwin Muda Sebab Takut Tidur Seorang

Namun, terjadi perkara di luar jangkaan apabila penumpangnya tidur terlebih lena di dalam teksinya dan gagal dikejutkan sebaik tiba di kawasan perumahan penumpang tersebut.

Disebabkan tidak mengetahui alamat rumah lelaki tersebut, pemandu teksi berkenaan mengambil langkah bijak dengan segera ke balai polis berdekatan untuk mendapatkan bantuan.

Beberapa anggota polis juga gagal mengejutkannya, namun akhirnya pihak mereka berjay mengesan ibunya berusia 55 tahun berdasarkan maklumat dokumen pengenalan diri milik lelaki itu.

Ibu lelaki berkenaan dan ahli keluarganya datang ke balai polis dan dengan bantuan mereka lelaki itu akhirnya terjaga.

Selepas tiga jam tidur didalam teksi berkenaan barulah lelaki itu tersedar. Menurut ibunya, anaknya itu mengalami masalah sukar untuk bangun daripada tidur.

ARTIKEL BERKAITAN:
Rakyat Malaysia Dilarang Kahwin Di Mekah
Ini Sebab Pasangan Ini Nikah Di Hospital

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Orang Bunuh Diri? | Korea Part 03