Tidak dapat dinafikan rata-rata rakyat Malaysia kini sedang bergelut untuk terus hidup dek kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu. Bukan mudah untuk hidup di zaman kos sara hidup yang semakin meningkat dan harga barang yang melambung naik.

Lebih mengejutkan, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mendedahkan, dua daripada 10 dewasa bekerja di Malaysia tidak mampu untuk menyimpan walaupun satu sen sejak enam bulan lalu.

BACA: Simpan RM1 Untuk Tunai Haji, Kini Berjaya Kumpul RM10,000

Anda mahu menyimpan wang tapi tak tahu cara yang mudah dan efektif? Mungkin ada boleh cuba cara simpan duit cara ekstrim yang dikongsikan oleh Hafizul Hakim ini. Buat mereka yang baru berkahwin, boleh cuba tips ini bersama pasangan.

1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.

2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.

3. Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genap lah.

-Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb.

-Esok harinya pada 2hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb pada kalendar.

-3hb suami masukkan RM3, 4hb isteri masukkan RM4, 5hb masukkan suami RM5 dan seterusnya.

-Senang cerita, masukkan duit dalam balang kosong dengan jumlah yang sama macam tarikh hari tersebut.

Dan setiap hujung bulan. Ini hasilnya!

1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30 = RM465.00

Bestkan! Seronok menyimpan guna cara ini. Anda boleh buat dengan adik-beradik atau kawan-kawan. Sekurang-kurangnya dengan menyimpan cara ini, anda tahu kemana duit gaji anda pergi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?