Seorang remaja terkejut melihat kakinya berlumuran darah selepas selesai berenang di sebuah pantai yang terletak di Melbourne, Australia. Insiden tersebut turut memeranjatkan sekumpulan doktor yang merawat kaki remaja itu ekoran tidak dapat mengenal pasti apakah punca sebenar.

BACA: Ternak Lipas, Jana RM28, 000 Sebulan

Difahamkan, Sam Kanizay, 16 tahun, berniat untuk merendamkan kakinya selepas keletihan bermain bola sepak namun sebaik keluar daripada air, dia terkejut melihat kakinya berlumuran dengan darah.

Selepas mendapatkan rawatan, Sam kini terpaksa menaiki kerusi roda ekoran kakinya terasa sakit apabila cuba berjalan.

Terdapat laporan bahawa kakinya dimamah kutu laut, menurut pakar di Muzium Victoria kutu laut aktif di waktu malam dan mampu memamah bangkai ikan sehingga habis dalam masa beberapa jam.

Ayah remaja itu turut bergegas ke Pantai Dendy Beach dalam percubaan menangkap ‘dalang’ yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap kaki anaknya.

Sementara itu, pakar biologi marin, Jeff Weir, yang turut pernah mengalami insiden sama berpendapat ia disebabkan sejenis amphipod yang menyerupai udang kecil.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram