Tular Tiga Cendol Musang King RM114, Ini Jawapan Pemilik Kedai
Baru-baru ini tular di media sosial resit memaparkan caj bagi tiga mangkuk cendol durian didakwa terlalu mahal dimana harganya mencecah RM114. Isu itu menjadi bualan hangat netizen sehingga mencetuskan perdebatan.
Susulan isu tersebut, pemilik kedai Raja Cendol Taming Sari, Muhammad Ariff Qayyum Mohd Zambri tampil menjelaskan bahawa harga cendol tersebut sangat berpatutan kerana menggunakan durian Musang King.
BACA: Sebiji Durian Di Indonesia Berharga RM4,000
Katanya lagi, dia tidak tahu apa niat individu tersebut menularkan isu berkenaan, namun dia menganggap isu tersebut sesuatu yang positif dimana sekaligus memperomosikan kedainya.
“Tidak tahu apa niat dia, tetapi ingin dimaklumkan yang harga itu memang berpatutan kerana itu cendol Musang King bukannya cendol biasa.
“Kepada pelanggan yang sudah biasa dengan harga durian, mereka tidak akan pertikaikan lagi harga yang sudah ditetapkan.
“Sejak dibuka kira-kira 19 bulan lalu harga yang dikenakan masih sama antara RM17 hingga RM38 bagi cendol mengikut gred durian tertentu,” katanya kepada BH Online.
Dalam pada itu, setiap cendol durian juga diletakkan antara 120 hingga 150 gram ulas durian malah tanda harga juga diletakkan di dalam dan diluar kedai untuk memudahkan pelanggan mengetahui kadar harga cendol durian.
Kalau peniaga sudah meletakkan tanda harga, sepatutnya tidak perlu dijadikan isu. Pelanggan juga seharusnya lebih peka dengan harga yang dipaparkan sebelum membeli.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- BH Online