Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah diisytiharkan sebagai Sultan Kedah yang ke-29 setelah almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah mangkat pada jam 2.30 petang semalam.

Pengisytiharan tersebut diumumkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Istana Anak Bukit, Kedah petang tadi.

BACA: Luahan Hati Cucu Sultan Kedah Buat Orang Ramai Sebak

Sumber dari bernama.com

Tunku Sallehuddin, 75 tahun, merupakan putera kesembilan daripada 14 putera dan puteri Sultan Badlishah Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Baginda dilantik sebagai Sultan Kedah oleh Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja Negeri Kedah semalam, lapor Harian Metro.

Selain itu, baginda dilahirkan pada 30 April 1942 di Alor Setar, Kedah dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tunku Sarafuddin dan Tunku Shazuddin setelah berkahwin dengan Tengku Maliha Tengku Ariff.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sedut Lamb Shank Sampai Puas Hati!