Turun 67Kg Tak Sampai Setahun, Wanita Ini Kongsikan Tips Berkesan Untuk Kurus
Ramai yang nak kurus, tetapi tak tahu cara berkesan untuk turunkan berat badan. Seorang wanita bernama Siti Aminah, kongsikan kisahnnya cara untum menurunkan berat badannya sebanyak 67 kilogram dalam masa kurang setahun! Perkara tersebut dikongsikannya di Facebook dan mendapat perhatian ramai.
BACA: Bedal 54 Aiskrim Sekaligus , Buah Pinggang Bermasalah
Berat badan Aminah pernah mencecah 125kg satu ketika dahulu. Namun dia gigih untuk menurunkan berat badan selepas menghadapi kesukaran dan pengalaman yang memalukan.
Antaranya, dia menghadapi kesukaran mencari pakaian bersaiz besar terutamanya ketika mencuba baju nikah.
Aminah turut berkongsi pengalaman berasa malu apabila baju nikah koyak ketika majlis sedang berlangsung.
Lebih mengejutkan wanita ini juga mengaku sebelum ini dia boleh menghabiskan kek seberat 1.2kg seorang diri.
Jadi apa rahsia Aminah sehingga dapat menurunkan berat badan dengan mendadak?
Ikuti tips pemakanan dan senaman di bawah yang telah dikongsi Aminah menerusi akaun Facebooknya.
Hakikatnya, bukan mudah untuk kurus tetapi cukup senang untuk berat badan naik. Apa yang penting mengekalkan disiplin dan memastikan sasaran tubuh badan idaman mampu dicapai.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram