Baru-baru ini tular di media sosial keunikan sebuah rumah yang dibina di tengah sempadan dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Kalau pergi ke rumah ini, tak sampai 5 saat anda dah travel ke dua negara.

Terletak di Sungai Aji Kuning di Pulau Sebatik, ia merupakan sebuah kawasan perkampungan yang berada di antara Malaysia dan Indonesia.

BACA: Majelis Ulama Indonesia Sahkan Xing Fu Tang Halal

Pulau Sebatik terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian Utara adalah milik Malaysia, manakala wilayah Selatan milik Indonesia.

Sekaligus menjadikan rumah ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian dapurnya di Malaysia, dan ruang tamu di Indonesia.

Menerusi satu perkongsian Facebook oleh Osman Saide, dia berpeluang berkunjung ke rumah dua negara itu.

Menariknya, bahagian ruang tamu dicat dengan warna merah putih iaitu simbolik kepada bendera negara Indonesia manakala kawasan Malaysia iaitu di dapur terdapat bendera jalur gemilang dipasang berkibar di bahagian beranda.

Malah, binaan dalamannya rumah dua negara ini juga berbeza dimana bahagian ruang tamu ditonjolkan konsep budaya masyarakat Indonesia manakala binaan di bahagian dapur bercirikan masyarakat Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN:
Nak Sedut Pearl, Tapi Tersedut Anak Cicak
Ketagih Minum Coke 40 Tin Sehari

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sarapan Pagi Sate Daging Batang Pinang?