Universiti Di Thailand Tawar Jurusan Ilmu Ganja
Umum mengetahui, Thailand merupakan negara pertama di rantau Asia menghalalkan penggunaan dadah untuk tujuan perubatan meskipun sebelum ini ia merupakan negara dengan undang-undang dadah paling ketat di dunia.
Terbaru, sebuah universiti di Thailand menawarkan jurusan perubatan ganja. Difahamkan, kursus itu disediakan untuk untuk membimbing usahawan ganja dalam meningkatkan pengetahuan mengenai ganja dan mengembangkan lagi industri tersebut.
BACA: Selangor Mungkin Jadi Negeri Pertama Tanam Ganja
Kursus jangka pendek itu menyediakan kurikulum yang merangkumi sejarah ganja, teknologi penanaman ganja dalaman dan luaran, dan menggalakkan penyelidikan ke atas manfaat perubatan ganja.
Universiti tersebut sekaligus menjadi universiti pertama di dunia yang menawarkan jurusan berkaitan ganja.
Negara seperti Colombia dan Kanada telah lama membenarkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan, bagaimanapun di negara Asia ganja kekal haram dan hukuman antara paling berat untuk salah guna dadah.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Vice.com