Universiti Ini Terima Mentega Kacang & Jeli Bayar Tiket Parkir
Setiap kali ke universiti memang susah nak cari tempat letak kereta. Lagi parah, kalau dah lambat nak ke kelas tapi tiada parkir sehinggakan anda terpaksa letakkan kereta di tempat yang tidak sepatutnya dan akhirnya anda disaman.
Satu hal pula nak bayar saman, mana pula nak cari duit. Tetapi berbeza di Universiti Alaska Anchorage ini dimana pelajar yang disaman boleh membayar menggunakan mentega kacang dan jeli.
BACA: Oreo Perisa Wasabi & Kepak Ayam Pedas Diperkenalkan
Tujuan polisi itu diperkenalkan adalah untuk menampung kos tiket yang tinggi dan pada masa yang sama membantu para pelajar yang tidak mempunyai wang untuk membeli makanan.
Pasti ramai yang tertanya-tanya apa yang akan dilakukan terhadap makanan-makanan yang telah dikumpulkan itu. Kesemua makanan itu akan disumbangkan kepada pelajar yang memerlukan.
Pihak universiti akan mengutip satu balang mentega kacang atau jeli dengan harga denda sebanyak $10 (RM40), tiga balang untuk denda $35 (RM145) dan lima balang untuk denda $60 (RM160). Namun ianya bersyarat, dimana tiket dikeluarkan dalam tempoh 45 hari.
Bagus polisi seperti ini, bukan sahaja meringankan beban pelajar dalam masa sama membantu pelajar yang mengalami masalah kewangan dan tiada wang untuk membeli makanan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱
- SUMBER
- KTUU