Selalunya dua tiga bulan sebelum puasa, ramai dah hantar kain ke tukang jahit untuk pastikan baju siap sebelum menjelangnya hari Raya. Sememangnya tukang jahit tak menang tangan sehingga ada yang menerima ratusan tempahan baju.

Tidak dinafikan upah menjahit saban tahun semakin naik. Namun berbeza dengan Kedai Jahit Asnuri sering menjadi pilihan ramai kerana masih mengikut harga kampung dengan mengenakan upah menjahit serendah RM40 sahaja.

BACA: Modal RM3k, Penjual Nasi Lemak Ini Jana RM400,000 Sebulan

Menurut pemiliknya, Hayati Alli, 35, upah rendah yang ditawarkan menyebabkan kedainya menerima lebih banyak tempahan tahun ini mencecah sehingga 600 pakaian yang perlu disiapkan sebelum hari raya.

“Harga upah serendah RM40 untuk baju kurung biasa adalah harga paling murah diberikan kepada pelanggan kerana kebanyakan mereka menetapkan harga ini disebabkan kedai jahit kami beroperasi di kawasan kampung dan harganya dikatakan perlu ikut harga di kampung,” katanya kepada Harian Metro.

Meskipun harga itu tidak sesuai kerana harga barang semakin mahal namun demi menjaga hati pelanggan, dia tetap memenuhi permintaan mereka.

“Bagi pelanggan, mindset mereka kedai yang beroperasi di kawasan kampung perlu ikut harga kampung. Jadi untuk menjaga hati pelanggan, kami ikutkan saja dan kebanyakannya mereka pelanggan tetap kami.

“Untuk pakaian moden, harga ditentukan mengikut reka bentuk atau jenis fesyen diminta selain caj tambahan dikenakan kepada pelanggan yang menghantar pakaian di saat akhir,” katanya.

Menurutnya lagi, antara cabaran yang dilalui, dia dan pekerjanya bertungkus-lumus menyiapkan tempahan baju raya pelanggan hingga lewat malam.

Ujarnya lagi, dalam sehari sebanyak 30 hingga 50 pasang pakaian dapat disiapkan dan tempahan pakaian ditutup dua minggu terakhir sebelum hari raya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?