Selalunya kita melihat urutan badan dilakukan menggunakan tangan atau batu khas. Memang lega bila dapat urutan badan lebih-lebih lagi buat mereka yang sibuk bekerja. Tapi agak-agak ada tak yang berani nak cuba urutan badan menggunakan pisau?

Jika anda ingin mencuba atau melihat aksi tersebut, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Pulau Pinang dikenali sebagai ‘World Public Welfare Association’, menawarkan urutan tersebut.

BACA: Kajian: Jualan Rokok Haram Di Malaysia Tertinggi Di Dunia

Menurut salah seorang sukarelawan, Ong Chong Jin, 64, berkata urutan badan menggunakan pisau atau terapi urutan pisau itu berasal dari negara China, dan mempelajari teknik urutan tersebut di Taiwan pada tahun 2010.

“Ia satu teknik dari China, sangat traditional. Pada waktu Perang Dunia teknik ini telah wujud. Entah bagaimana ia dilupakan, hilang, dan ditemui semula beberapa tahun kebelakangan ini di Jepun.

“Perbezaan antara tangan dan pisau ialah pisau keras, tajam dan boleh menyerap apa juga tekanan yang kita kenakan pada badan,” katanya.

Beroperasi setiap hari Ahad bermula dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari, 20 anggota persatuan itu mempelajari urutan berkenaan di Taiwan menggunakan dua bilah pisau yang ditumpulkan untuk mengurut belakang badan, bahu, kepala dan kaki mengikut permintaan pelanggan.

Menurutnya lagi, pada awalnya ramai yang takut untuk mencuba kerana sangkakan pisau yang digunakan tajam. Namun selepas mencuba, ramai yang berpuas hati dan menyatakan urutan ini melegakan kesakitan di bahagian tertentu di badan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:
15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
Bung Moktar: Obesiti Bukti Rakyat Tak Hidup Susah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kebab Gemok Tak Habis Makan Sorang