Anda pernah dengar pasal Berocca? Sejak akhir-akhir ini, ramai pulak yang cari Berocca tapi kami percaya ramai dari anda yang baru sekarang tahu pasal Berocca ni sejak viral sebab ada atas meja makan Perdana Menteri kita iaitu Tun Mahathir.

Tapi yang menarik perhatian adalah apa yang ada di sisi pinggan Tun M. Ia adalah Berocca!. Tajam betul mata netizen. Tapi apa sebenarnya Berocca ini?

Apa itu Berocca?

Berocca ni adalah tablet berperisa yang mengandungi formulasi Vitamin B kompleks yang tinggi yang telah terbukti secara saintifik dapat melepaskan tenaga dan prestasi mental. Jadi Berocca ni sebagai booster untuk meningkatkan tenaga dengan hanya satu tablet.

Vitamin B ni berfungsi menukar makanan menjadi bahan bakar sebagai tenaga. Dalam Berocca ni juga ada bahan lain seperti Asid Panthotanic yang baik untuk kecergasan minda. Dalam satu tablet Berocca juga ada Asid Folic, Vitamin C, Magnesium dan Zink.

Berocca Ada Sejak Tahun 80-an

Disebabkan tular gambar Tun M pun guna Berocca, maka ramailah orang kita berlumba nak guna Berocca sampai out of stock di pasaran. Sebenarnya Berocca dah ada di pasaran sejak tahun 80-an lagi di Australia dan US.

Berocca telah dihasilkan oleh sebuah firma farmasi Roche Pharmaceuticals dari Switzerland kemudian pada tahun 2005, Berocca telah diambil alih dan dihasilkan oleh Bayer sebuah firma kesihatan dari Jerman.

Tapi bila survey harga Berocca di pasaran boleh tahan jugak harga dia untuk 30 biji tablet. Penjual pun sekarang tengah main harga dengan produk yang tengah hot, tambaha pula di bulan puasa sekarang.

Berocca hanya manipulasi minda perubatan (placebo)?

Tapi ada juga sesetengah orang kata Berocca ini hanya ‘placebo’. Kita tahu Tun Mahathir walaupun di usia 93 tahun masih lagi cergas tapi itu bukanlah sebab beliau hanya guna Berocca untuk cergas macam sekarang. Tun M juga mengamalkan gaya hidup sihat dan menjaga diet pemakanan.

Menurut Kristen Jackson seorang pakar pemakanan dari The Food Treatment Clinic, ada juga kajian yang menunjukkan bahawa mengambil Vitamin umum seperti itu berguna untuk peroleh keberkesanan walhal kita boleh mendapatkan apa yang diperlukan dari diet pemakanan kita. Jadi berbaloikah dengar harga yang anda bayar sedangkan dengan harga tersebut anda boleh beli banyak epal dan buah oren.

Jadi adakah Berocca baik untuk anda?

Sebenarnya tak salah kalau kita nak mengambil apa-apa suplemen untuk badan asalkan tiada kesan sampingan dan berkemampuan. Cuma kesahihan mengambil tablet atau suplemen vitamin semakin banyak diperdebatkan dalam bidang perubatan dan pemakanan, jadi tidak ada jawapan yang tepat untuk itu.

Bagi yang dah beli Berocca tu jangan rasa menyesal cuma anda boleh pilih alternatif lain yang lebih sihat serta semula jadi dan baik untuk tubuh.

Sumber: Graziadaily, Wikipedia, The Food Treatment Clinic