Baru-baru ini, virus tangan, kaki dan mulut (HFMD) menular di Malaysia. Lebih 2,000 kanak-kanak dilaporkan menghidap virus tersebut sejak awal Januari lalu. Dilaporkan kes paling banyak terjadi di Pulau Pinang sehingga menyebabkan banyak sekolah telah ditutup.

Terbaru, pihak kesihatan mendedahkan virus HFMD ditemui dan banyak terkumpul di pemegang troli serta kenderaan yang dinaiki kanak-kanak di pasar raya.

BACA: Ada Lagi Letak Anjing Dalam Troli, Siap Kencing Lagi

Sejak minggu lalu, Jabatan Kesihatan Negeri telah meminta pasaraya dan pusat beli-belah di Penang melakukan pemebersihan pada troli, kenderaan kanak-kanak dan tempat duduk awam.

Atas tindakan pantas oleh pihak kesihatan, bilangan kes tersebut dikalangan kanak-kanak di kawasan utara bandar Penang menurun selama tiga hari berturut-turut.

Foto: The Star

“Kami merekodkan 78 kes pada hari Rabu, diikuti 52 dan 51 pada hari Khamis dan Jumaat.

“Bagaimanapun, bilangan kes terkumpul masih tinggi pada 2,341 setakat tahun ini berbanding 1,099 kes pada 2017 dalam tempoh yang sama,” kata Dr Afif Bahardin, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri.

Sehingga kini 30 premis masih ditutup sejak wabak tersebut menular awal bulan ini, terdiri daripada 10 tadika, tujuh taska, enam sekolah rendah, enam prasekolah dan pusat penjagaan kanak-kanak.

Setakat ini 9 orang mangsa dilaporkan sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

MISI 24 JAM DALAM KAWALAN ANDA!!! 🔥🔥🔥