Wanita Berang Kereta Dipecah Masuk Gara-Gara Car Seat
Umum mengetahui mulai tahun depan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) diwajibkan di dalam kenderaan. Tetapi rasanya janganlah pecah kereta semata-mata untuk mencuri car seat.
Seperti kes yang tular baru-baru ini di media sosial di mana seorang wanita berkongsikan keretanya dipecah masuk tetapi apa yang peliknya barangan anaknya turut diambil oleh pencuri.
BACA: Tiada Saman 6 Bulan Pertama Jika Gagal Gunakan Kerusi Kanak-kanak
Difahamkan, keretanya telah dikopakkan di bahagian depan dengan teruk dan antara barangan lain yang hilang adalah vape, radio dan Smart Tag. Kejadian dipercayai berlaku di Aeon Bukit Indah, Johor Bharu.
Sabar je lah 😑. Sesiapa yang ada terjumpa orang yang tiba2 jual preloved car seat jenama chicco next fit, warna hitam kelabu, especially area jb, inform aku ye. Curi barang aku takpe, yg buat aku geram dia curi barang anak aku ni pic.twitter.com/9HaXDDOupe
— Anis Jasmani (@anissyazwanie) November 17, 2019
Dalam pada itu, wanita itu turut meminta kepada orang ramai untuk menghubunginya jika ada terjumpa individu menjual car seat milik anaknya itu.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut terkejut apabila car seat juga turut dicuri. Malah, ada netizen berpendapat mungkin pencuri itu mengetahui bahawa harga car seat agak mahal dan berbaloi untuk dicuri.
Rata-rata netizen juga mengatakan mungkin selepas ini tidak boleh lagi meninggalkan car seat di dalam kereta bimbang kereta mereka pula akan dipecah masuk oleh individu tidak bertanggungjawab.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram