Banyak kes jenayah dilaporkan sejak kebelakangan ini terutama kes penculikan yang semakin menjadi-jadi di negara kita.

Malah, penjenayah kini semakin berani melakukan jenayah di tempat awam dan baru-baru ini seorang wanita berkongsi pengalaman anaknya hampir diculik semasa dalam jagaannya.

BACA: Nak Perhatian, Culik Diri Sendiri

Dalam perkongsian di laman sosial Facebook, Shazzy Wanie atau ibu kepada dua orang anak itu menceritakan detik cemas anaknya hampir diculik dalam kereta.

Kejadian berlaku di Bandar Puchong Jaya pada pukul 3 petang semasa suaminya mahu singgah ke kedai pencetakan. Dia yang berada di dalam kereta bersama kedua-dua anaknya menyedari ada sebuah kereta berwarna hitam berhenti di belakang keretanya.

Menurutnya, dia sudah berasa tak sedap hati cuba untuk memastikan keretanya sudah berkunci dan baru tersedar keretanya belum berkunci semasa lelaki tak dikenali cuba untuk membuka pintu keretanya.

Nasib menyebelahinya apabila lelaki tersebut terus beredar dan kereta hitam itu juga sudah bergerak meninggalkan kawasan berkenaan.

“Sampai skrg terfikir. Apa niat dia sebenarnya? Kenapa nak bukak pintu belakang? Kenapa bukan bukak pintu driver? Kalaulah terbukak tadi, dia nak bawak lari Mikhael mommy ke? Apa nak buat kalau itu yg jadi?,” soalnya.

Wanie menegaskan kepada semua ibu bapa di luar sana agar kunci kereta walaupun ada orang dewasa di dalamnya.

Jenayah berlaku dalam sekelip mata dan diharap anda semua mengambil langkah berhati-hati untuk melindungi diri dan orang tersayang.

ARTIKEL BERKAITAN:
Curi Speaker Masjid, Lelaki Kena Bakar Sampai Mati
Penangan Curi Bot, Sudahnya Kena Ikat Pada Pokok

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Gila, Tak Sampai RM50 Pun Boleh Makan Kat Me’nate!!!!