Yakin Dengan Menu Santan, Tony Fernandes Mahu Buka Restoran
Siapa yang pernah menggunakan perkhidmatan AirAsia pastinya pernah merasai sekurang-kurangnya sekali hidangan yang ada di dalam penerbangan tersebut. Seingat kami, antara top menu yang menjadi pilihan ialah Nasi Lemak Pak Nasser dan juga Nasi Ayam Uncle Chin.
BACA: Ini Koleksi Gambar Pekerja AirAsia Cium Bagasi
Namun setelah sekian lama beroperasi, menu yang disedikan oleh AirAsia turut bertambah dan kini, yakin dengan apa yang mereka hidangkan, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tony Fernandes menyatakan bahawa mereka bercadang untuk membukan restoran makanan segera berasaskan menu dalam penerbangan iaitu Santan.
Jadi, jika restoran ini sudah dibuka nanti, pastinya ia akan mempunyai peminat yang tersendiri, dan tidak perlu menunggu untuk menaiki pesawat semata-mata untuk menikmati hidangan yang disediakan. (vtdly/s)
Gambar Ihsan: New Straits Times
- SUMBER
- THE STRAITS TIMES