Nampaknya setiap hari pasti ada peserta Sukan SEA negara Malaysia tular di laman sosial berikutan mempunyai perwatakan menarik serta berbakat dalam sukan.

Bagi pasukan futsal Malaysia, penjaga gol yang dikenali sebagai Niena Azman bukanlah nama yang asing dalam bidang futsal wanita di negara ini.

BACA: Inilah Dia Pemain Bola Jaring Idaman Ramai

Sumber dari facebook.com

Bukan sahaja cantik, gadis ini juga begitu lincah ketika bermain futsal. Kami kongsikan beberapa fakta menarik mengenai Niena Azman yang anda belum tahu:

1. Nama & umur

Sumber dari facebook.com

Nama penuh gadis cantik berasal dari Johor Bahru ini ialah Nur Izwani Azman dan mesra dipanggil Niena Azman serta berusia 30 tahun.

2. Tahun penglibatan

Sumber dari facebook.com

Melibatkan diri dalam sukan futsal sejak tahun 2004, Niena mendapat sokongan penuh dari keluarga serta rakan-rakannya. Sebelum itu, dia meminati sukan bola jaring dan kemudian beralih arah ke futsal.

3. Kerjaya

Sumber dari facebook.com

Selain bermain futsal, dia juga bekerja sebagai Pembantu Tadbir Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan turut menjadi jurulatih futsal di Academia de Futsal dan Putra Ria FC.

4. Pendidikan

Sumber dari facebook.com

Bahkan, gadis lincah ini merupakan seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dari Universiti Malaya.

5. Persiapan

Sumber dari facebook.com

Baginya, persiapan penting haruslah dari latihan fizikal, kecergasan dan teknikal supaya dia dapat beraksi dengan cemerlang dalam perlawanan.

6. Anugerah

Sumber dari facebook.com

Untuk pengetahuan anda, gadis cantik ini pernah menerima anugerah Penjaga Gol Terbaik di Karnival Bola Sepak Wanita Malaysia dan di peringkat institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

7. Impian

Sumber dari facebook.com

Ditanya mengenai impiannya, Niena ingin membantu pasukannya meraih pingat sekurang-kurangnya perak. Dia akan berusaha sebaik mungkin bagi mendapatkan pingat untuk negara dalam Sukan SEA kerana ini merupakan penampilan terakhirnya dalam sukan berkenaan.

Semoga pasukan futsal Malaysia dapat meraih pingat dalam Sukan SEA kali ini seterusnya menjadi pembakar semangat untuk pemain-pemain lain lebih fokus dalam sukan yang diceburi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Memang Berebut Makan Gulai Ikan Tongkol Kat Sini