Tinggal 4 hari saja lagi sebelum nak sambut Hari Raya. Rasanya ramai di antara anda masih belum buat persiapan atau pun tak sempat nak membeli-belah kerana kekangan kerja.

Jika anda tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang, masih sempat lagi nak shopping raya. Paling best, lokasi ini dibuka sehingga malam raya.

BACA: 7 Juadah Wajib Ada Di Pagi Raya

1. Jalan Tunku Abdul Rahmah (TAR)

Jalan TAR menjadi pilihan utama rakyat bandar yang inginkan pakaian cantik dengan harga berpatutan. Dari pakaian, makanan, aksesori dan sebagainya, semuanya boleh didapati di sini.

2. Jakel Mall

Bagi anda yang ingin beraya bersama koleksi pakaian jenama selebriti, Jakel Malla adalah tempatnya. Bukan saja ada di Kuala Lumpur, Jakel juga turut mempunyai cawangan lain di Shah Alam.

3. PKNS Bangi

Kawasan Bangi turut menjadi sesak apabila tiba hujung minggu disebabkan ramai penduduk Bangi mencari baju raya di PKNS Bangi kerana dekat dan mempunyai pelbagai pilihan menarik.

4. PKNS Shah Alam

PKNS Shah Alam turut menjadi tempat pilihan di saat raya semakin tiba. Di samping pelbagai baju raya yang dijual, terdapat juga barangan lain seperti aksesori pakaian, kasut, tudung dan sebagainya.

5. Plaza Masalam

Shah Alam merupakan ‘lubuk’ membeli belah kerana mempunyai banyak pusat membeli belah. Di Plaza Masalam juga terdapat beberapa kedai menjual pakaian raya yang menarik untuk anda.

6. Plaza Alam Sentral (PAS)

Selain itu, PAS juga menjadi tumpuan orang ramai kerana terdapat banyak booth menjual baju raya yang cantik serta harga yang berpatutan.

7. Jalan Masjid India

Jalan Masjid India ini berdekatan sahaja dengan jalan TAR, di mana anda boleh mencari baju raya untuk keluarga di satu tempat yang sama. Malah, ia juga sama sibuk seperti jalan TAR kerana menjadi tumpuan warga kota membeli belah.

8. Seksyen 7, Shah Alam

Bukan saja menjadi tumpuan keluarga, malah para pelajar semestinya sekitar Seksyen 7 Shah Alam. Disini, terdapat pelbagai jenis kedai dan butik pakaian yang anda boleh dapatkan dari harga murah sehinggalah yang paling mahal!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Macam Tak Percaya Ada Mall Murah Macam Ni!