5 Tips Makan Kuih Raya Oleh Kevin Zahri
Selalunya kita menyambut hari raya Aidilfitri dengan meriah contohnya masak pelbagai jenis masakan untuk dimakan pada pagi raya nanti. Malah, ada juga yang sudah merancang ingin makan semua jenis makanan yang terhidang oleh kerana hari raya hanyalah setahun sekali.
BACA: 5 Tips Jimat Buat Persiapan Raya
Namun, anda perlu prihatin mengenai makanan yang diambil supaya dapat mengelak dari terkena penyakit. Kevin Zahri, Perunding kesihatan pemakanan dan kecergasan berkata, badan akan mengalami kejutan jika anda tidak mengawal jumlah pengambilan makanan ketika hari raya.
“Badan yang terkejut akan menghantar isyarat seperti masalah penghadaman, keracunan makanan dan kembung perut. Tak salah kalau nak makan tapi kena seimbangkan makanan yang diambil. Janganlah tidak beraya pula,” katanya kepada mStar.
Berikut merupakan tips-tips penting dari Kevin untuk anda sempena hari raya:
1. Pengambilan makanan yang seimbang
Makan dengan seimbang penting bagi melancarkan proses penghadaman. Malah, ia juga dapat mencegah sembelit jika seharian anda makan dengan kadar yang banyak. Anda boleh makan buah-buahan sebagai pencuci mulut atau makan sayur-sayuran lebih jika ada.
2. Alas perut dengan nasi impit
Pengambilan karbohidrat amat penting sebelum anda menjamah makanan lain seperti kuih raya. Sebelum anda ‘terkam’ kuih raya kegemaran anda, seelok-eloknya makan nasi impit atau lemang dahulu untuk alas perut anda.
3. Makan rendang sebelum makan kuih raya
Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk mengambil makanan yang mengandungi protein seperti rendang atau lontong sebelum anda mencuba kuih raya yang nampak menarik di atas meja makan.
4. Pakai baju raya yang selesa
Baju raya yang longgar dan selesa membantu mengurangkan tekanan pada abdomen anda seterusnya membuatkan anda senang untuk pergi beraya.
5. Bersenam
Walaupun beraya di kampung, ia bukanlah alasan untuk anda tidak bersenam ketika raya. Bangun awal dan bantu keluarga untuk mencari kayu, sapu sampah ataupun kejar ayam dapat menyihatkan tubuh anda.
Semoga raya tahun ini memberi keberkatan kepada semua umat Islam dan diharap anda semua gembira dapat menyambut hari raya Aidilfitri dengan keluarga tersayang.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Resepi Popia Horlicks Yang Dapat Ribuan Share!
- SUMBER
- MSTAR