4 Tips Mudah Berbahasa Inggeris Cara Dr Amalina Bakri
Tak semua orang fasih berbahasa Inggeris dengan lancar disebabkan beberapa faktor. Disebabkan itu, pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2007, Dr. Amalina Bakri memberi beberapa tips yang anda boleh praktikkan hingga berjaya fasih berbahasa Inggeris.
BACA: Bangsa India Tapi ’Tekak’ Melayu
Menurut Amalina, ramai yang bertanyakan kepadanya bagaimana untuk fasih berbahasa Inggeris dan dia berkongsi tips yang digunakan olehnya sejak dia kecil lagi.
1. Berlatih
Jelasnya, berlatih berbahasa Inggeris adalah penting bagi meningkatkan keyakinan diri walaupun ada yang menggelar anda sebagai ‘berlagak’.
2. Kemudahan internet
Tak dinafikan kita mudah mendapat akses internet dalam dunia serba maju ini. Gunakan kemudahan ini untuk anda lebih fasih berbahasa Inggeris dengan berkomunikasi rakan-rakan dari negara lain seperti United Kingdom atau Amerika Syarikat.
3. Tonton drama atau filem Inggeris
Selain itu, tonton drama atau filem Inggeris, dengar muzik Inggeris membantu anda untuk mendalami bahasa Inggeris dengan lebih mudah.
4. Belajar dari kesilapan
Malah, anda juga harus memberi ruang kepada diri sendiri untuk belajar dari kesilapan dan memberi rakan membetulkan anda jika terdapat kesalahan.
ARTIKEL BERKAITAN:
Guna Bahasa Melayu ‘Broken’ Boleh Didenda RM1,000
Ini Istilah Baru ‘Food Truck’ Dalam Bahasa Malaysia
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Nasi Arab Bayar Seikhlas Hati?
- SUMBER
- TWITTER AMALINA BAKRI