Bagi lelaki beragama Islam menjadi kewajipan untuk mereka menunaikan solat Jumaat. Bagaimanapun, kita masih dapat melihat berita kaum lelaki ditangkap ponteng solat Jumaat.

Namun, alasan mahu makan durian dan mengaku sebagai musafir digunakan untuk kes ponteng solat Jumaat di Terengganu, kata pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

BACA: Sembahyang Secara Terbuka, Netizen Kurang Senang?

Memetik laporan Harian Metro, setiap waktu solat Jumaat anggota penguat kuasa wanita akan melakukan risikan serta pemantauan di kawasan yang dikenal pasti menjadi tempat kaki ponteng solat Jumaat berada termasuk di kawasan rekreasi, restoran dan rumah.

Ketua Penolong Pesuruhjaya (Penguatkuasaan) JHEAT, Nik Zuhaiza Ismail berkata, kebanyakan kaki ponteng yang ditahan menjadikan malas sebagai penyebab utama selain mendakwa mahu makan durian dan mengaku sebagai musafir semata-mata bagi mengelak dicekup.

Nik Zuhaiza berkata, bagi golongan ‘mak nyah’ pula, mereka kebanyakannya melepak di rumah ketika solat Jumaat kerana menyangka ia selamat daripada JHEAT.

Untuk pengetahuan anda, undang-undang di Terengganu menetapkan lelaki yang akil baligh dan tiada sebab munasabah untuk meninggalkan solat Jumaat boleh dikenakan denda sehingga RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

ARTIKEL BERKAITAN:
Dah Kenapa Jual Ayam 30 Sen Seekor?
Ayam Goreng Samyang Pedas Meletup, Guna Sos Dominos Je!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi