Kurang dua minggu saja lagi sebelum umat Islam menyambut sambutan Aidilfitri. Rasanya ramai lagi yang masih sibuk membuat persiapan Hari Raya. Kuih raya semua dah siap ke? Kalau belum lagi, boleh la ke kedai ini.

Kedai pemborong biskut Kak Ani di Kampung Sungai Rotan, Pendang d sentiasa sesak dengan pengunjung yang ingin mendapatkan biskut raya semurah RM1 yang ditawarkan di premis tersebut.

BACA: Hanya Bakar Atas Dapur Gas, Biskut Raya Jadi Gebu

Walaupun lokasi kedai terletak di kawasan pedalaman, premis yang dibuka sejak hampir 15 tahun lalu bukan saja menjadi pilihan orang ramai malahan peniaga yang menjalankan perniagaan biskut raya.

Pemiliknya, Zaini Yahya, berkata, biskut raya yang dijual sangat murah dan berpatutan harganya, dijual serendah RM1 iaitu kuih bahulu.

Bukan itu saja, biskut raya yang dijual juga memenuhi citarasa orang ramai kerana dibuat oleh pembuat kuih moden dan tradisional yang berpengalaman.

Bagi menampung keperluan, Zaini memberitahu dia terpaksa menambah beberapa kakitangan bagi membantu menguruskan premis tersebut yang jualannya mencecah RM5,000 sehari dan dijangka meningkat sekali ganda pada minggu terakhir sebelum Aidilfitri.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VITDAILY ORIGINALS: Dari Tukang Kasut Kini Jadi Lemang To’Ki