Umum mengetahui hari ini berlangsungnya pembentangan Belanjawan 2020. Apa yang pasti, belanjawan kali ini sangat dinanti oleh rakyat untuk melihat inisiatif kerajaan dalam mengurangkan beban mereka.

Antara pengumuman yang menarik perhatian ramai adalah mengenai pemberian RM30 ke dalam dompet digital atau lebih dikenali dengan e-wallet buat Rakyat Malaysia.

BACA: Kajian: Rakyat Malaysia Perlu Sebulan Gaji Beli iPhone 11

Insentif tersebut khusus untuk rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan berpendapatan tahunan kurang daripada RM100 ribu.

Apa yang diperlukan hanyalah akaun e-Dompet dengan identiti yang disahkan melalui penyedia perkhidmatan yang terpilih.

Rangsangan digital secara one-off bagi setiap orang boleh ditebus dan digunakan untuk tempoh dua bulan bermula 1 Januari 2020 dan akan tamat pada 29 Februari 2020.