Ibu bapa seharusnya mengawasi anak-anak mereka terutama ketika mereka sedang makan. Ini kerana kanak-kanak tidak tahu makanan apa yang boleh dimakan yang sesuai dengan umur mereka.

Semoga kisah yang dikongsi di ruangan IIUM Confession dapat membuka mata kepada semua ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak kecil supaya mengawasi mereka dengan lebih terperinci.

BACA: Rugi Berjuta, Petani Bakar Harumanis

Gambar sekadar hiasan

Menurut seorang Penolong pegawai perubatan yang bertugas di sebuah lapangan terbang domestik kawasan utara bahagian perubatan kecemasan, dia telah mendapat kes kecemasan di mana sepasang suami isteri berlari-lari datang ke bahagian kecemasan sambil mendukung anak mereka yang tidak sedarkan diri pada awal Ramadan lalu.

Muka bayi itu telah bertukar cynosis atau kebiruan. Doktor yang bertugas cuba untuk menyelamatkan bayi tersebut namun mereka terpaksa menghantar kes ini ke hospital yang berdekatan.

Gambar sekadar hiasan

Penolong pegawai perubatan itu turut bertanya kepada ahli keluarga kejadian sebenar yang berlaku. Rupa-rupanya anak sulung mereka yang berusia 4 tahun telah menyuap kacang ke dalam mulut adiknya sehingga adiknya mengalami sesak nafas lalu pengsan.

Sebelum bayi itu dihantar ke hospital, doktor cuba mengeluarkan beberapa biji kacang yang tersumbat dalam saluran pernafasan bayi menggunakan mesin. Memang benar beberapa kacang berjaya dikeluarkan namun bayi tersebut masih tidak menunjukkan apa-apa respon.

Setelah sampai di hospital, doktor cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan bayi tersebut namun gagal. Ibu bapa bayi tersebut hanya mampu menyalahkan diri mereka sambil menangis.

Kesimpulannya, ibu bapa dinasihatkan supaya tidak lalai dalam mengawasi anak mereka. Kadang-kala kejadian tidak diingini berlaku ketika kita tidak memberi perhatian sepenuhnya kepada mereka. Mungkin berita ini tidak masuk ke dada akhbar namun ia boleh menjadi contoh yang baik untuk anda jadikan sebagai pengajaran.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

BURGER PEDAS MALAIKAT MAUT