Ini Murtabak Gemuk & Besar Kami Pernah Tengok
Murtabak merupakan salah satu makanan paling popular ketika muncul bulan Ramadan. Kini terdapat pelbagai jenis murtabak yang dijual di bazar Ramadan dan restoran seperti murtabak cheese. Namun, murtabak paling besar pernah kami lihat ialah di Martabak Ferry, Jerantut Pahang.
BACA: Ayam Percik Abang Sado Laris Di Bazar Ramadan
Seperti anda boleh lihat, saiz murtabak tersebut lebih besar berkali ganda berbanding murtabak biasa. Kalau makan murtabak sahaja ketika berbuka mesti kenyang jika anda mampu menghabiskannya seorang diri.
Orang Pahang pasti tidak sabar menunggu kedatangan bulan mulia ini kerana restoran ini terletak di negeri Pahang. Sesiapa yang teringin untuk merasai murtabak ini nampaknya perlu berkunjung ke restoran ini yang berada di kawasan Jambatan Jerantut Feri untuk mendapatkannya.
Malah, ramai yang sanggup beratur panjang demi murtabak besar ini. Sebelum ini mereka berniaga di bazar Ramadan sebelum berpindah ke restoran tetap sehingga kini. Namun, sambutan masih menggalakkan sehingga ke hari ini.
Harga bagi satu murtabak ini ialah RM 13. Walaupun ia kedengaran agak mahal, namun jika dilihat pada ketebalan dan intinya yang penuh itu ramai yang masih boleh menerima harga tersebut. Selain itu, murtabak ini mempunyai dua jenis iaitu ayam dan daging.
Apa yang penting, murtabak besar ini berbaloi dengan harganya kerana intinya padat pasti membuatkan anda sekeluarga kenyang semasa berbuka puasa nanti.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Biskut Horlicks Padu Beb!
- SUMBER
- FB MAHMUD JERUNG