Menerusi Facebook Jabatan Perangkaan Malaysia, pada 2019, bayi yang baru lahir secara puratanya dijangka hidup sehingga 74.5 tahun.

Menurut statistik, bayi perempuan yang baru lahir pada 2019 dijangka hidup lebih lama sehingga 77.3 tahun perbezaan umur 5.1 tahun berbanding bayi lelaki, 72.2 tahun.

BACA: JPN: Nama Anak Tidak Boleh Melebihi 80 Abjad

Selain itu, bayi daripada etnik Cina mencatatkan jangkaan hayat tertinggi ketika iaitu 77.3 tahun diikuti oleh Bumiputera 73.3 tahun dan India 71.8 tahun.

Dalam pada itu, statistik juga menunjukkan bayi yang lahir di Wilayah Persekutuan KL dijangka hidup lebih lama berbanding bayi di negeri-negeri lain iaitu 74.4 tahun untuk bayi lelaki dan 79.2 tahun untuk bayi perempuan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pedas Buttermilk Lambat Datang, Masih Berlagak