Pasti ramai teruja apabila baru-baru ini tular di media sosial sekeping gambar sungai dengan air jernih dengan ratusan ikan koi dipercayai di Pulau Pinang.

Rasanya pasti ramai yang tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke tempat tersebut untuk mengambil gambar dan melihat sendiri kejernihan sungai tersebut.

BACA: Nak Melancong? Ini Senarai 4 Bandar Terkotor Di Dunia

Sebut sahaja sungai jernih bersama ikan koi, sudah tentu ramai yang menyangkakan ianya di negara Jepun, tetapi di Malaysia pun sudah ada.

Bagaimanapun, seorang netizen mendedahkan perkara sebenar disebalik kejernihan sungai tersebut. Menurut netizen itu, ‘sungai jernih’ itu sebenarnya adalah sebuah kolam dan sungai tersembunyi di bawah laluan pejalan kaki.

Malah air sungai sebenar ternyata masih kotor, busuk dan tidak jernih seperti yang digembar gemburkan sebelum ini.

Apa pun usaha kerajaan Pulau Pinang seharusnya dipuji kerana mungkin dari situ timbul kesedaran orang ramai betapa pentingnya menjaga alam sekitar lebih-lebih lagi untuk menjaga keindahan sungai kita yang semakin kritikal.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉