Baru-baru ini tular satu video di media sosial kejadian rompakan bersenjata sebuah kedai serbaneka di Sungai Siput, Perak.

Kejadian berlaku pada 25 Julai lalu memaparkan juruwang wanita yang bertugas berada dalam keadaan ketakutan dan mengikut segala arahan dua suspek yang terlibat.

BACA: Kelantan Guna Khidmat Doktor Potong Tangan Pencuri

Difahamkan, suspek hanya menyamun sejumlah besar kotak rokok pelbagai jenama sebelum keluar meninggalkan premis terbabit.

Perkara tersebut mendapat perhatian netizen yang meluahkan rasa kesal dengan mengatakan pihak 7 Eleven Malaysia seolah tidak mengambil tindakan pencegahan memandangkan kedai serbaneka itu sering menjadi sasaran penjenayah.

Malah ada yang memberi pendapat supaya jangan sesekali membiarkan pekerja wanita bekerja seorang diri tidak kira pada waktu siang atau pun malam.

Malah ada yang berpendapat kedai serbaneka 24 jam itu perlu membuat kaunter khas seperti di stesen pam minyak di mana selepas pukul 11 malam hanya boleh berurusan melalui kaunter cermin sahaja.

Seorang netizen bekas pekerja kedai serbaneka tersebut turut berkongsikan pengalamannya bekerja di premis itu. Katanya tidak ada langkah-langkah keselamatan di 7 Eleven. Malah mereka di beritahu supaya tidak melawan jika perompak datang.

Tidak kurang juga ramai yang meluahkan rasa kasihan kepada pekerja yang pernah melalui situasi rompakan berikutan tiada tindakan diambil oleh pihak atasan untuk memperbaiki sistem keselamatan premis.

ARTIKEL BERKAITAN:
Suami Isteri Curi Tabung Derma Tahfiz
Alas Kaki Kedai Dobi Pun Kena Rembat

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

“Bro Pian Yang Awesome” | Mail Time #3