Jika anda ke tandas pusat beli-belah, hampir kebanyakannya menyediakan pengering tangan atau hand dryer untuk memudahkan pengguna. Dalam masa sama untuk menjaga alam sekitar dengan tidak lagi menggunakan tisu.

Namun perkongsian seorang netizen ini pasti akan membuatkan ramai tidak akan lagi menggunakan hand dryer yang disediakan kerana mesin tersebut disalah guna oleh sesetengah individu.

BACA: Tandas Awam Rantau Abang Diiktiraf Tandas Terbaik Asia

Gambar tersebut memaparkan seorang individu menyeringkan mop lantai menggunakan hand dryer dengan meletakkan mop tersebut begitu sahaja.

Menurut netizen tersebut, mop digunakan untuk membersihkan tandas dan sudah tentu pasti akan ada kuman yang akan melekat pada hand dryer tersebut.

Katanya lagi, dia sudah memberi teguran kepada individu tersebut namun perkara itu sudah pun terjadi. Malah katanya, dia tidak akan lagi menggunakan hand dryer selepas ini.

Katanya lagi, insiden itu dikatakan berlaku di Genting, tandas Bano Cinema. Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen lain yang berpendapat hand dryer seperti itu sememangnya banyak kuman.

Malah kata netizen itu lagi, handryer seperti itu mempunyai kuman sama seperti mangkuk tandas. Netizen itu turut menyarankan jika ingin menggunakan hand dryer pastikan guna yang jenis keluar angin dari bawah.

Lebih mengejutkan ada yang berkongsikan pengalamannya pernah melihat pencuci tandas menggunakan mop yang digunakan mengelap lantai untuk membersihkan sinki.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?