Sebut saja restoran makanan segera KFC, sememangnya mereka terkenal dengan keenakan ayam goreng sehingga menjilat jari.

Tetapi pasti ada diantara anda pernah anda mengalami situasi dimana ayam KFC yang dibeli bersaiz kecil sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati?

BACA: KFC Indonesia Perkenal Menu Chicken Skin, Bila Giliran Malaysia?

Baru-baru seorang pengguna Facebook, Mohd Fidaus Jailan mendedahkan apa tindakan yang boleh lakukan jika menerima ayam bersaiz kecil di KFC.

Jika makan di restoran :

1 . Jangan sentuh ayam itu.
2. Terus bawak pergi kaunter untuk tukar sehingga kita puas hati.
3. Jika tak puas hati minta refund.

Jika take away atau drive through :
  1. Terus periksa makanan anda di depan mereka, minta pinjam penyepit untuk periksa ayam terutamanya jika bahagian yang anda minta adalah wing dan drumstick.

2. Untuk lebih memudahkan memeriksa makanan anda, minta mereka letakkan wing dan peha di bahagian atas masa bungkus.

3. Minta tukar serta merta jika ayam bersaiz jenis kecil atau kita tak puas hati dengan saiznya.

Masalah ini berlaku kerana pelanggaran 4 SOP ini:

1. Staff yang cuci ayam tak ikut prosedur.

2. Staff yang masak ayam tak ikut prosedur.

3. Staff yang racking ayam tak ikut prosedur.

4. Staff yang served ayam tak ikut prosedur.

Untuk pengetahuan anda, jika mengikut standard KFC, ayam ini tidak akan diproses
langsung pada peringkat yang pertama. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pembeli dan peminat KFC diluar sana.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?