Sebut saja servis penghantaran makanan, Foodpanda antara yang paling popular dan baru-baru ini syarikat tersebut memperkenalkan skim bayaran terbary dimana para penghantar bakal menerima bayaran paling rendah mulai 30 September lalu.

Berikutan itu ramai penghantar servis tersebut meluahkan rasa tidak puas hati serta bertindak mengadakan mogok mendesak Foodpanda mengembalikan skim bayaran terdahulu.

BACA: Tak Kisah Kerja Foodpanda Walaupun Ada Ijazah Kejuruteraan

Pengarah urusan syarikat Foodpanda, Sayantan Das tampil memberikan kenyataan berkenaan isu itu dimana beliau berkata syarikat tidak terjejas dengan mogok yang dilakukan

Dalam pada itu, Sayantan Das turut menambah,”Mesej yang kami berikan adalah, jika awak tidak mahu kerja, kami OK sebab mogok tidak melanggar undang-undang,” katanya.

Kenyataan bos Foodpanda itu mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang mengatakan keangkuhan bukanlah jalan penyelesaian.

Berang dengan kenyataan ‘angkuh’ bos Foodpanda itu, netizen melancarkan boikot terhadap syarikat itu dengan menyeru orang ramai tidak lagi menggunakan servis perkhidmatan penghantaran makanan itu dan memadam aplikasi daripada telefon pintar.

Diharap perkara ini dapat diselesaikan secara baik memandangkan ramai yang mencari rezeki sebagai penghantar makanan syarikat tersebut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?