Mesti ramai yang suka tengok video Mukbang makan ‘Corndog’. Memang terliur dengan bunyi rangup ditambah pula dengan cheese yang ditarik-tarik. Boleh dikatakan menu ini juga antara yang sedang hangat.

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai perkongsian seorang pengguna Twitter, @kinafairy yang juga penjual corndog yang menerima tempahan daripada kanak-kanak berusia 11 tahun.

BACA: Tak Perlu Ke Korea, Buat Sendiri Sosej Cheese Crispy

Apa yang menjadi perhatian adalah penjual itu berkongsikan kanak-kanak itu sanggup mengumpul wang untuk membeli corndog.

Menerusi perbualan WhatApp yang dikongsikan, tiba-tiba kanak-kanak itu membatalkan tempahan kerana mahu mengumpul duit dahulu.

Menurut kanak-kanak itu lagi, dia hanya mempunyai RM24 sedangkan dua paket corndog berharga RM30.

Kesungguhan kanak-kanak itu mengumpul wang menyentuh hati penjual tersebut, lalu menawarkan harga corndog tersebut dengan jumlah wang yang kanak-kanak itu ada.

Lebih menyentuh hati, kanak-kanak terbabit membayar duit corndog dengan wang kertas RM1 membuatkan penjual itu memberikan satu paket corndog percuma kepada adik tersebut.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tersentuh dengan kemurahan hati penjual tersebut. Malah, mereka juga tersenyum melihat gelagat kanak-kanak itu yang gembira apabila mendapat corndog yang diinginkan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pisang Goreng & Sambal Kicap, Ngam Tak? #FavouriteOrangJohor