Cara Buat Telur Sarang Sedap Macam Di Kedai Makan
Selalunya setiap kali di kedai makan selain telur dadar dan telur mata kerbau, telur sarang antara tarikan terbaru. Rasanya ramai yang mencuba untuk membuat telur sarang tapi tak menjadi.
Dikongsikan oleh Alia Ismail menerusi Facebook, ini cara yang betul untuk hasilkan telur sarang sama macam yang dipesan di kedai makan. Lepas ini tak perlu lagi ke kedai makan semata-mata untuk nikmati telur sarang, boleh buat sendiri di rumah.
BACA: Cara Goreng Telur Mata Kerbau Yang Cantik Kuningnya
Bahan-bahan:
Telur sebiji
2 setengah sudu besar air putih/paip
Garam pink sikit kalau nak.
Minyak kena banyak
Cara membuatnya:
Posted by Alia Ismail on Rabu, 25 Julai 2018
1. Panaskan kuali dengan api yang besar sangat, tuang minyak yang banyak.
2. Kacau telur, masukkan air, kacau sampai berbuih-buih telur.
3. Kemudian tuang telur dalam minyak yang panas, tarik mangkuk tinggi-tinggi supaya telur jatuh dengan tali halus dalam kuali dan menghasilkan letusan gunung berapi lalu merebak ke seluruh minyak.
4. Tutup api besar/kecilkan api. Bila dah nampak tepi garing, boleh terbalikkan.
5. Terbalikkan lagi skali bila dah garing. angkat dan toskan. Kalau tak suka telur garing sangat, boleh reduce cooking time.
Menurut Alia, dia merupakan seorang peniaga disebabkan itu menggunakan minyak banyak. Jika anda buat dirumah, tak perlu gunakan minyak banyak-banyak.
Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱
- SUMBER
- Facebook Alia Ismail