Kalau di Malaysia untuk memiliki rumah sendiri memerlukan berpuluh hingga ratusan ribu ringgit. Di Itali anda hanya memerlukan RM5 sahaja untuk membeli rumah. Biar betul??

Memang betul! Bandar Ollolai di Sardinia yang terletak di Kepulauan Itali menawarkan 200 buah rumah untuk dijual dengan harga 90 pence (RM5) setiap satu.

Bandar tersebut sememangnya terkenal tiga dekad lalu dan hanya 1,300 orang tinggal di situ. Memang tenang kalau tinggal di pulau tersebut.

Kini jumlah itu semakin berkurangan ditambah dengan populasi rendah kelahiran bayi setiap tahun.

Walaupun harga yang ditawarkan murah, pembeli mungkin terpaksa melakukan pengubahsuaian kerana keadaan rumah yang teruk, malah ia boleh mencapai tempoh tiga tahun untuk siap dengan kos 26 ribu pound (RM126,443).

Dengan harga rumah yang murah, sehingga kini pihak bandar telah menerima 120 permohonan dari Amerika Syarikat, Australia dan Rusia untuk membeli rumah di situ.

Sumber: Mstar