Mesti ramai yang masih ingat lagi dengan video ejek-mengejek ‘mak kau hijau’ yang pernah viral satu ketika dahulu.

Siapa sangka, tren tersebut membawa tuah kepada peniaga nasi lemak ini sehingga tercetusnya idea untuk menghasilkan nasi lemak hijau.

Warung Nasi Lemak Hijau di Gombak ini sentiasa buruan ramai kerana rasanya yang sedap dan murah pula tu!

Terletak berhadapan Sekolah Integrasi Gombak, warung ini dibuka sejak pertengahan 2016.

Ramai yang cakap nasi lemak ni sangat sedap, dimasak pula menggunakan beras basmati panjang.

Nasi lemak hijau dengan sambal, timun dan papadom dijual dengan harga RM2. Manakala nasi lemak lauk ayam goreng ala “Kentucky Fried Chicken” berharga RM5.

Lauk lain yang disediakan ialah ayam masak merah, ayam kunyit, rendang ayam, sambal sotong, daging goreng, gulai ikan, sambal kerang dan sambal paru berharga RM3. Murah je kan!

Lebih menarik, Warung Nasi Lemak Hijau juga menyediakan khidmat katering. Siap ada yang minta dimakan dalam talam untuk dijamu di masjid.

Rata-rata pembeli berpuas hati dengan menu nasi lemak yang sedap, unik dengan pilihan lauk yang banyak pilihan.

Sumber: Cari Forum