Sesiapa sahaja pasti mengemari coklat sama ada buatan tempatan mahupun yang diimport dari luar negara bahkan terdapat kajian bahawa dengan memakan coklat ia mampu mengurangkan rasa stress yang dihadapi oleh orang ramai.

Bersempena dengan Perhimpunan UMNO tahun ini, sebuah syarikat coklat tempatan, Ryverra telah mengeluarkan coklat istimewa yang dibaluti dengan wajah pemimpin UMNO dahulu sehinggalah yang terkini.

BACA: Kek Soto Tiga Tingkat Ganti Kek Kahwin

Menurut wakil syarikat, Norsiah Ahiddin ketika ditemui Astro Awani memberitahu idea bungkusan seperti ini muncul bersempena idea untuk menghargai dan memperkenalkan pemimpin UMNO yang telah banyak berkorban selama ini.

“Bukan sahaja untuk meraih keuntungan, tetapi kami mahu rakyat Malaysia terus sanjung pemimpin kesayangan kita.

“Setakat ini ramai pembeli yang menghargai cara pemasaran yang kami lakukan. Ia juga seiring dengan Perhimpunan Agung UMNO 2017,” ujarnya.

Gambar: Astro Awani

Buat masa ini ramai pengunjung dan wakil perhimpunan UMNO tertarik dengan coklat ini dan membelinya sebagai cenderahati buat rakan-rakan dan juga ahli keluarga.

Seorang perwakilan dari UMNO Seremban, Saadiah Salehan membeli coklat yang dijual ini kerana ingin menjadikan cenderamata untuk cucunya supaya menghargai perjuangan Melayu.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Satu Sebab Jamal Buka Restoran Makan Free
Beratur Dalam Hujan Beli Ikan Murah Jamal

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Benda Yang ‘Merecik’ Sangat Ni?