Kasut tumit tinggi biasanya digayakan oleh wanita untuk ke pejabat, majlis-majlis tertentu, majlis perkahwinan dan sebagainya.

Namun, seorang pelajar lelaki dari Sekolah Seni Komunikasi di Brixton memutuskan ingin mendaki gunung tertinggi di United Kingdom sambil memakai kasut tumit tinggi.

BACA: 7 Lokasi Menarik Di Malaysia Anda Wajib Ambil Gambar

Sumber dari home.bt.com

Pelajar lelaki berasal dari London itu atau nama sebenarnya Ben Conway, melakukan cabaran tersebut demi untuk mendapatkan biasiswa di sekolahnya.

Sumber dari deadlinenews.co.uk

Ben memberitahu setiap pemohon biasiswa wajib melakukan sesuatu yang mereka minati. Dia yang meminati budaya drag itu mengambil keputusan untuk mendaki gunung Ben Nevis di Scotland sambil memakai kasut tumit tinggi.

Sumber dari metro.co.uk

“Saya perlu memikirkan sesuatu yang sukar untuk dilakukan dan saya juga menyukai budaya drag. Jadi, saya gabungkan kedua-duanya untuk menyahut cabaran ini,” lapor Ben kepada The Scotsman.

Sumber dari dailyrecord.co.uk

“Saya memilih Gunung Ben Nevis kerana ia yang paling besar. Saya fikir jika saya mahu meneruskannya, saya perlu melakukannya dengan lancar. Semuanya dilakukan secara spontan,” tambahnya lagi.

Sumber dari mstar.com.my

Justeru itu, Lelaki berusia 19 tahun itu memulakan pendakian pada 27 Jun lepas memakan masa selama lima jam untuk sampai pada ketinggian 900 meter.

Namun, Ben terpaksa berpatah balik untuk turun kerana cuaca tidak mengizinkan untuk dia mendaki hingga sampai ke puncak.

Dia turut memberitahu bahawa pengalaman mendaki yang disifatkannya amat mencabar setelah tali kasutnya terputus, kakinya luka serta dia terpaksa menggunakan pita pelekat bagi memastikan kasut itu tidak tercabut.

“Saya tidak pernah mendaki gunung sebelum ini dan ia juga merupakan pertama kali saya memakai kasut tumit tinggi,” ujarnya kepada Oddity Central.

Walau bagaimanapun, Ben berjaya membuktikan bahawa dia mampu mendaki gunung dengan memakai kasut tumit tinggi dan ia bukanlah perkara yang mustahil jika anda lakukan apa yang anda minati.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pintu Suka Hati Memang Wujud?