Nampaknya ura-ura mengenai keputusan Dr Maszlee Malik untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia adalah benar apabila beliau membuat pengumuman sebentar dari dalam satu sidang media yang diadakan di Putrajaya.

Memetik laporan Malay Mail, Dr Maszlee dilaporkan telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tengah hari tadi dan Tun M turut mengesahkannya.

BACA: Dr Maszlee Bakal Letak Jawatan Sebagai Menteri Pendidikan?

Dalam sidang media itu, Dr Maszlee berkata keputusan itu dibuat selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang beliau sifatkan sebagai seorang ayahanda.

Akui berat untuk melepaskan jawatan tersebut namun, Dr Maszlee berkata dengan ini beliau memulangkan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia, berkuat kuasa 3 Januari 2020.

“Di atas nasihat YAB perdana menteri, dan di atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka dengan hati yang reda walaupun berat, saya, Maszlee Malik, dengan ini memulangkan sebagai menteri pendidikan Malaysia, berkuat kuasa 3 Januari 2020,” katanya.

Terdahulu, Maszlee Malik berjaya menarik perhatian ramai dengan pengenalan kasut hitam untuk pelajar sekolah, program sarapan percuma serta penyediaan aplikasi buat para guru menukar sekolah secara suka sama suka.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱