Baru-baru ini buah rambutan jadi perbualan hangat di media sosial apabila di panggil sebagai ‘buah alien’ dalam satu babak drama siri terbaru Netflix berjudul ‘Another Life’.

Menerusi babak berkenaan, dua pelakon dilihat telah menjumpai buah aneh dari angkasa lepas. Kedua-dua mereka kemudian cuba menguji sama ada buah tersebut selamat dimakan ataupun tidak.

BACA: Murid Darjah 1 Maut Tercekik Biji Rambutan

Namun apabila diamati, buah berkenaan adalah rambutan yang ternyata sangat sinonim di Asia terutamanya Malaysia.

Babak tersebut menjadi menjadi bahan ketawa netizen bukan sahaja di Malaysia bahkan dari negara jiran juga.

Malah ada yang memberikan komen gurauan mengatakan rupanya susah nak dapat buah rambutan sampai perlu terbang ke bulan. Tidak kurang juga ada yang menganggap industri perfileman di Hollywood sudah kekurangan idea.

Drama ‘Another Life’ yang ditayangkan sejak 25 Julai lalu itu mengisahkan sekumpulan angkasawan yang bertanggungjawab untuk menyelamatkan dunia selepas menerima kunjungan dari angkasa.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi 🔥🔥