Masih ingat lagi dengan ais krim Durian McFlurry McDonald’s yang menjadi kegemaran ramai? Sejak diperkenalkan pada 24 Ogos tahun lalu, hampir setiap hari penjualan ais krim tersebut laku habis dan sold out.

Kemudian, tidak sampai seminggu dipasaran, pihak McDonald’s terpaksa menamatkan penjualan aiskrim tersebut kerana tidak mendapat stok durian yang mencukupi untuk membuat pes durian yang digunakan untuk adunan McFlurry.

BACA: Durian McFlurry Tarik Diri, Jumpa Lagi Tahun Depan

Berikutan itu, ramai yang meluahkan rasa sedih kerana tidak sempat untuk merasai menu yang mendapat sambutan lima kali lebih banyak daripada menu McFlurry yang lain.

Namun begitu McDonald’s telah berjanji akan membawa kembali McFlurry Durian D24 untuk jualan tahun hadapan.

McFlurry Durian D24 Kembali Lagi!

Ternyata, McDonald’s mengotakan janji mereka untuk mengubati rasa kecewa buat penggemar ais krim tersebut apabila Durian McFullry akan kembali semula pada 14 Jun, Khamis ini.

Jangan lupa untuk serbu McDonald’s berdekatan untuk dapatkan Durian McFlurry D24. Takut-takut nanti kempunan tak dapat nak merasa lagi.

VIDEO: Makan 6 Jenis Durian Dalam Masa 2 Jam?