Bukan mudah untuk cari kerja sekarang ni. Boleh dikatakan masih ramai lagi graduan yang di luar sana yang sedang menganggur. Ada juga yang berpendapat, graduan masa kini terlalu memilih pekerjaan dan mengharapkan gaji tinggi.

Tapi buat graduan di luar sana, jika gaji kerja pertama anda ditawarkan dalam RM1,000 hingga RM1,500, terima sajalah. Perkongsian lelaki ini mampu membuka mata ramai graduan di luar sana yang masih lagi mencari kerja.

BACA: “Gaji RM3,000, Hina Sangat Ke Kerja Kilang?”

Kata lelaki ini, untuk budak baru lepas graduate, kalau kerja pertama korang dapat gaji dalam RM1,200 sehingga RM1,500 terima sajalah. Belajar dari mereka ini.

1. Budak lepasan Master, nak dapat kerja pun susah

Minta kerja payah nak dapat. Satu hari dia pergi interview nak jadi Pelatih Pengurusan. Dia ingatkan kerja jadi pengurus dekat pejabat. Rupa-rupanya pelatih pengurus di restoran makanan segera.

Gaji dalam RM1,500 dia terima je. Nak jadi pengurus restoran bukan senang, dia kena buat kerja-kerja staff dulu, mop lantai, bersihkan ayam yang dipotong dan sebagainya.

Dapat pengalaman 3-4 tahun dia berhenti. Sekejap je dia dinaikkan pangkat jadi pengurus di syarikat antarabangsa. Sebenarnya dia berterima kasih dekat restoran makanan segera tersebut kerana mengajar tentang ‘Kepimpinan’.

2. Budak ni pula, belajar bidang perakaunan

Sama macam cerita diatas, susah nak minta kerja. Satu hari tempat dia praktikal dulu panggil dia bekerja. Gaji dalam RM1,200 tapi kerja banyak sampai malam. Dia terima dengan hati terbuka.

Lepas 3-4 tahun, bos dia cadangkan dia ambil professional paper, Chartered Accounting. Sekarang dah berjaya dapatkan jawatan yang diidamkan. Yang ini pula dapat ilmu tentang ‘Keinginan’.

3. Yang ini pula graduan dalam bidang kejuruteraan kimia

Lepas habis belajar, interview macam-macam. Malangnya hanya berjaya dapat kerja sebagai Supervisor di pasaraya. Dia ambil je. Gaji RM2,000, tapi kerja macam buruh asing katanya. Waktu kerja lebih 8 jam sehari dan susah nak dapat cuti hari Sabtu Ahad.

Tapi sekarang dah berjaya. Bukan berjaya dalam bidang Kimia yang dia belajar dulu. Tapi dah jadi seorang usahawan. Masa kerja di pasaraya, dia kenal erti ‘Kerja Keras’.

4. Yang ini pula graduan dalam bidang IT

Kerja pertama dengan syarikat kecil yang nyawa-nyawa ikan. Tapi terlibat dengan animasi. Gaji dalam RM1,000 tapi dia punya kerja teruk teramat sampai tidur di pejabat.

Satu hari syarikat tersebut berjaya dapat projek besar. Bukan je dapat gaji besar, siap ditawarkan jadi rakan kongsi. Sebab dia orang penting. Disitu dia diresap dengan ilmu tentang ‘Komitmen‘.

5. Yang ini istimewa sikit

Belajar sampai ke Egypt ambil jurusan Medik. Balik sini, sementara tunggu posting, dia kerja jual kad kredit. Nak cari duit poket katanya. Tapi terus jatuh cinta dengan bidang jualan kerana faktor masa yang lebih fleksible dan pendapatan tanpa had.

Sekarang masih lagi bekerja di sebuah hospital sementara tungu habis bonding. Tetapi buat jualan secara sambilan walaupun bukan lagi jualan kad kredit. Inilah dikatakan ‘Pelbagai Kemahiran’.

Buat graduan di luar sana, rezeki ada dimana-mana. Allah menghantar rezeki kita mungkin bukan secara terus, tetapi melalui transit untuk melihat sama ada kita manusia yang redha atau tidak. Apa pun, diharap perkongsian ini memberi motivasi buat anak muda di luar sana.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Makan Samyang + Cili Carolina Reaper Sampai Muntah?!!