Ibu bapa sentiasa mahukan yang terbaik untuk kita dan cara untuk membalas jasa dan pengorbanan mereka ialah dengan belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya. Seorang kanak-kanak perempuan di Singapura kecewa setelah mengetahui keputusan matematik yang diperolehinya bertindak membunuh diri di rumahnya di Sembawang.

BACA: Capati Tak Bulat, Suami Cekik Isteri Sampai Mati

Sumber dari chinapress.com.my

Kanak-kanak berusia 12 tahun itu dikenali sebagai Lisa merupakan seorang yang sopan santun dan menghormati orang lain. Kematiannya mengejutkan semua pihak terutama ibu bapanya yang tidak menyangka anaknya akan membunuh diri.

Insiden itu berlaku pada khamis lalu dan Lisa ditemui meninggal dunia dalam berpakaian uniform sekolah. Ibunya memberitahu bahawa anaknya tidak gembira sejak dia memasuki sekolah menengah kerana dia tidak mempunyai rakan baru.

Sumber dari chinapress.com.my

“Saya telah menasihatinya berkali-kali dan memberitahu bahawa dia memerlukan sedikit masa untuk membiasakan diri dengan persekitaran baru. Malah, saya turut menasihatinya agar menyesuaikan diri dengan keadaan dan semuanya akan menjadi baik tidak lama lagi,” ujarnya.

“Dia memberitahu saya beberapa hari lalu bahawa dia telah menerima keputusan ujian matematiknya dan dia hampir gagal membuatkan dia berasa kecewa. Tetapi saya tidak pernah fikir dia akan membunuh diri,” tambahnya lagi.

Ayahnya terus menangis apabila mendapati anak perempuannya meninggal dunia. Mereka berpindah ke rumah itu ketika kanak-kanak itu berusia empat atau lima tahun dan mereka adalah keluarga yang rapat.

Semoga keluarga itu dapat mengetahui punca sebenar tidak lama lagi dan kita haruslah sentiasa mengambil berat mengenai anak-anak kita kerana mereka memerlukan sokongan kita semasa mereka sedang bersedih.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

“Ini Baru Johor”