Umum mengetahui, 800 pekerja Utusan Melayu (M) Berhad ditamatkan tugas berkuat kuasa semalam, 9 Oktober.

Tindakan drastik itu dibuat susulan keputusan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir mengumumkan bankrap secara sukararela syarikat itu.

BACA: Utusan Melayu Bakal Tutup Operasi Hari Ini?

Difahamkan, semua kakitangan diarahkan untuk mengosongkan meja masing-masing selewat-lewatnya jam 1 tengah hari, semalam.

Gambar di sekitar pengosongan pejabat yang dikongsikan di media sosial ternyata mencetuskan rasa hiba dikalangan netizen. Ini antara foto yang dikongsikan oleh laman portal The Malaysian Insight dan Twitter Bernama.

Utusan Melayu (M) Berhad (Utusan) dijual kepada Aurora Mulia Sdn Bhd. Difahamkan, Utusan melepaskan 70 peratus yang sebelum ini dimiliki oleh Dilof Sdn Bhd.

Untuk pengetahuan anda, Aurora Mulia Sdn Bhd dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Pembelian tersebut adalah langkah untuk memasti memastikan akhbar tertua Malaysia iaitu Utusan Malaysia terus kekal selepas 80 tahun beroperasi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Di Shah Alam Ini Sentiasa Penuh, Apa Rahsianya! 😱