Boleh dikatakan kini semakin ramai yang sedar pentingnya mengamalkan pemakanan secara sihat. Dengan teknologi serba canggih semuanya hanya dihujung jari sahaja ramai tidak lokek berkongsikan tips bagaimana untuk turunkan berat badan.

Kalau ikutkan tidak semua orang boleh gunakan cara diet yang sama untuk menurunkan berat badan.

BACA: Makan Fast Food, Lelaki Ini Kongsi Tips Turun 32 Kg Dalam 67 Hari

Seperti gadis ini, Juzzlika Jewellery, dengan mengamalkan intermittent fasting dan diet suku suku separuh, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 12kg dalam masa 79 hari.

Juzzlika turut berkongsikan menu hidangan yang diamalkan sepanjang proses menurunkan berat badan.

Menurut gadis ini, dia mengamalkan intermittent fasting dimana berpuasa selama 16 jam dari jam 8 malam hingga 12 tengah hari keesokan harinya dan waktu makan hanya 8 jam sahaja dari 12 tengah hari hingga 8 malam.

Masih mengamalkan nasi, Juzzlika memberitahu dia hanya makan nasi segenggam sahaja dan lauk tanpa sebarang kuah. Gadis ini akui pada awalnya agak sukar untuk menahan diri daripada makan di waktu malam.

Seperti anda ketahui, perkara paling penting jika ingin menurunkan berat badan adalah pengambilan air yang cukup. Juzzlika turut berkongsikan jumlah air yang perlu diambil mengikut berat badan masing-masing.

Diharap apa yang dikongsikan oleh gadis ini boleh membantu anda semua. Kalau dah berjaya kurus, bolehlah kongsikan tips kepada mereka yang lain pula.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥