Rata-rata rakyat Malaysia teruja dengan perlantikan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 semalam. Boleh dikatakan ramai yang merasakan Malaysia kini seperti negara baru.

Dua jam lepas, Tun M memuat naik gambar hari pertama beliau bertugas sebagai Perdana Menteri di akaun Facebook miliknya. Gambar tersebut ternyata menarik perhatian netizen dan disukai oleh 117 ribu pengguna, serta dikongsi sebanyak 11,400 kali.

BACA: Tun M Umum Cuti 10, 11 Mei Jika HARAPAN Menang

Menerusi gambar tersebut, turut disertakan kepsyen, “Hari pertama menjalankan tugas..sekali lagi.”

Rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada Tun M kerana sanggup kembali menerajui Malaysia kerana sepatutnya di usia 93 tahun beliau sepatutnya duduk berehat tanpa memikirkan hal negara.

Rakyat Malaysia turut mendoakan agar diberikan kesihatan yang baik dan mampu kembali memimpin Malaysia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Rambang Mata Tengok Sushi! (Kyoto)