Setiap kali raya tak sah rasanya kalau tiada kisah viral yang menjadi bualan ramai. Jika sebelum ini kecoh mengenai cermin kereta pecah angkara anak tetamu kali ini ada lagi kisah mengenai kanak-kanak datang beraya.

Sejak semalam, tular di Twitter video sekumpulan kanak-kanak menconteng pagar dan lantai sebuah rumah kerana mengayangkan tuan rumah tersebut tidak beri mereka untuk masuk beraya.

BACA: Cermin Kereta Pecah Raya Kedua Angkara Anak Tetamu

Menurut perkongsian netizen tersebut, dia dan keluarga baru pulang beraya terkejut melihat keadaan rumah mereka yang telah pun diconteng.

Katanya, kamera litar tertutup (CCTV) rumahnya tidak dapat melihat siapakah gerangan yang melakukan perbuatan tersebut. Rumah jirannya juga turut diconteng oleh kanak-kanak nakal itu dan CCTV mereka berjaya merakam pelakunya.

Kesal dengan insiden tersebut, netizen itu meminta ibu bapa diluar sana agar mendidik anak-anak mereka untuk lebih beradab.

Ujar netizen itu lagi, mungkin kanak-kanak itu bertindak sedemikian kerana sangkakan ada orang dirumah tetapi tuan rumah tidak benarkan mereka masuk untuk beraya.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna Twitter lain yang meluahkan rasa geram dengan kanak-kanak tersebut.

Malah, ada yang berkongsikan pengalaman mereka yang turut menjadi mangsa apabila keretanya ditoreh oleh kanak-kanak nakal.

Macam-macam ragam budak zaman sekarang. Diharap ibu bapa lebih peka dengan tingkah laku anak-anak setiap kali keluar beraya. Bak kata netizen anak adalah cerminan ibu bapa.

angan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥