Siapa yang suka makan pedas kena berjaga-jaga. Jangan nak tunjuk berani sangat untuk makan cili paling pedas di dunia ini kerana ia boleh membawa maut.

Terbaru, di Amerika Syarikat, seorang lelaki berusia 34 tahun terpaksa mendapatkan rawatan kecemasan kerana mengalami sakit kepala dan leher teruk selepas makan cili paling pedas di dunia itu.

BACA: Pertandingan Spicy King Di China Yang Pedas Gila

Lelaki itu mengalami gejala tersebut selepas mencuba ‘Carolina Reaper’ dalam satu pertandingan makan cili.

Hasil pemeriksaan mendapati, beberap arteri di otaknya telah mengecil buat sementara waktu sehingga menyebabkan dia mengalami ‘thunderclap headaches’ iaitu sakit kepada yang berlaku sepantas kilat dan amat menyakitkan.

Sebelum peserta mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut, doktor telah memberi amaran, kesan dan akibat yang tidak dijangka.

Lelaki itu pada awalnya mengalami masalah nafas kering selepas makan cili pedas itu. Pada hari berikutnya dia mengalami sakit leher dan sakit kepada teruk.

Menurut laporan, gejala tersebut sembuh dengan sendirinya dan pemeriksaan CT lima minggu kemudian menunjukkan saiz arterinya kembali biasa.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pedas Sungguh Siput Sedut Tapi Sedap!