Perhatian kepada pelanggan yang membeli mug perjalanan Troligtvis yang bertanda Made In India, anda diminta memulangkan semula mug tersebut dan duit akan dipulangkan semula walaupun tanpa resit.

Perkara itu dimaklumkan menerusi Facebook rasmi IKEA yang turut menggesa pelanggan yang mempunyai cawan tersebut yang bertanda “Made in India” agar berhenti daripada menggunakannya.

BACA: IKEA Released ‘Halal Bak Kwa’ For CNY

Dear IKEA fans, if you have bought the TROLIGTVIS travel mug please read on:IKEA urges all customers who have a…

Posted by IKEA on Selasa, 14 Januari 2020

Peminat IKEA yang dihormati, jika anda telah membeli mug perjalanan TROLIGTVIS bertanda “Made in India” untuk berhenti menggunakannya dan mengembalikan produk itu di mana-mana gedung IKEA dan dapatkan bayaran balik sepenuhnya.

Mug perjalanan TROLIGTVIS terdapat dalam warna beige, hijau, merah jambu dan biru telah dijual di Malaysia sejak Ogos 2919 dan Oktober 2019. Laporan ujian terkini menunjukkan bahawa produk tersebut boleh memindahkan tahap Dibuthyl phthalate (DBP) melebihi dari had yang telah ditetapkan.

IKEA menitikberatkan keselamatan produk dengan serius dan semua produk akan sentiasa terus diuji bagi mematuhu piawaian, undang-undang dan kesesuaian kehendak IKEA.

Sebagai langkah berjaga-jaga IKEA menggesa pelanggan yang memiliki cawan perjalanan dengan tanda “Made in India” untuk mengembalikan produk tersebut. Bukti pembelian seperti resit tidak diperlukan.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh terus menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan IKEA di 03-79527575.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pertama Kali Rasa Susu Badam Di Kapitan Penang?