Saban hari kita melihat pelbagai berita mengenai kaum pelarian Rohingya yang menyedihkan sejak mereka diusir keluar dari Myanmar. Kampung mereka yang dahulunya aman damai kini hilang dalam sekelip mata setelah perkampungan mereka dibakar hingga kesannya boleh dilihat menerusi satelit.

BACA: Gambar Anak Pelarian Teruja Abang Bawa Juadah Berbuka

Imej beberapa kampung yang terbakar sejak akhir bulan Ogos dikongsi oleh pihak satelit dan anda sendiri boleh nilai betapa teruk kesan setelah perkampungan berkenaan dibakar seperti Kampung Myar Zin, Kampung Nwar Yon Taung, Kampung Yae Twin Kyun dan banyak lagi.

Sebelum ini, kumpulan militan Rohingya membuat serangan terhadap pos-pos polis di negeri Rakhine sebelum dibalas kumpulan warganegara Buddha dan ketenteraan tempatan Myanmar terhadap golongan minoriti islam, Rohingya.

Di samping itu, Human Rights Watch membuat analisis dan mendapati sebanyak 200 buah kampung terbakar dalam serangan yang dipanggil “contoh buku pembersihan etnik” oleh pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Jumlah kampung yang terbakar bukanlah sedikit, bayangkan bagaimana mereka sanggup mengharungi lautan bergelora demi mencari tempat berteduh untuk menyelamatkan diri.

Lebih dari 400,000 pelarian Rohingya terpaksa ‘menumpang’ di negara jiran, Bangladesh untuk meneruskan kehidupan kerana laporan mengatakan mereka akan dibunuh jika terselamat dari kebakaran kampung.

Anda boleh lihat puluhan khemah didirikan berhampiran kampung Bangladeshi Gumdhum untuk pelarian Rohingya. Betapa mereka sungguh cekal dan berani untuk menempuhi semua dugaan ini termasuk kehilangan orang tersayang.

BERITA BERKAITAN:
500 Kucing Nyaris Jadi Santapan Manusia
Kota Mekah Diancam Peluru Berpandu

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Benda Sotong Ultraman & Udang Gorgon Ni?