Gaharu mempunyai banyak khasiat kepada manusia. Ianya dikenali sejak zaman-berzaman dari Zaman Sriwijaya dan Khalifah Omar Ibn Abd Aziz lagi.

Pada zaman dahulu, gaharu banyak didagangkan dalam bentuk kayu, perfume atau minyak wangi. Ianya popular di negara Arab, Singapura, Taiwan, Jepun, Yaman, Japan, Korea, Oman, China dan Nusantara (Malaysia, Brunei dan Indonesia).

Pengusaha gaharu di negara kita boleh dibilang dengan jari kerana tidak ramai yang berani mengambil risiko walaupun diketahui hasilnya mampu memberi pulangan lumayan.

Hakikatnya, tidak sabar menuai hasil adalah punca utama kebanyakan orang kita tidak berani menceburi projek itu. Selain mampu memberi pulangan yang lumayan, gaharu juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Semua bahagian pokok gaharu boleh digunakan

Pokok Gaharu merupakan sejenis pokok yang hidup subur di hutan tropika dan telah dimanfaatkan oleh masyarakat dunia sejak dahulu lagi.

Semua bahagian pokok gaharu, dari batang, kulit, daun, bunga, buah dan rantingnya digunakan untuk menghasilkan produk minyak wangi, ubat-ubatan, teh hijau dan kosmetik.

Nama saintifik bagi gaharu ialah Aquilaria malaccensis, bagaimanapun beberapa spesies lain dalam genus Aquilaria turut dikenali sebagai gaharu.

Pokok gaharu boleh ditemui di Bangladesh, Bhutan, India, Indonesia, Iran, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura dan Thailand.

Harga pasaran kayu gaharu mencecah Rm25,ooo hingga Rm100,000 mengikut gred

Di Malaysia, masyarakat Orang Asli biasanya akan masuk jauh ke dalam hutan untuk mengambil pokok gaharu. Ada kalanya mereka menceroboh kawasan hutan simpan.

Kini, ladang gaharu telah diusahakan syarikat Gaharu Technologies Sdn Bhd di kawasan seluas 113 hektar di Gopeng, Perak.

Terletak hampir tiga kilometer dari pekan Gopeng, siapa sangka wujudnya sebuah ladang gaharu seluas 120 hektar di tengah-tengah Kampung Sungai Itik dan Kampung Pintu Padang.

Persis Tembok Besar Cina sepanjang tiga meter, kawasan agropelancongan terbaharu di negeri Perak itu mempunyai potensi besar menarik kunjungan pelancong asing mahupun rakyat tempatan.

Apa tidaknya, gaharu yang biasanya dikenali sebagai tumbuhan liar di hutan dan sering menjadi mangsa kerakusan pembalakan kini ditanam secara komersial di ladang berbukit dengan jarak tersusun tiga meter antara satu sama lain.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian ialah harga satu kilogram gaharu di pasaran kini bernilai RM25,000 dan ia boleh mencecah sehingga RM100,000 mengikut gred.

Selain minyak gaharu terdapat juga mi segera gaharu dah aiskrim gaharu

Gaharu yang dikategorikan sebagai spesies tumbuhan terancam itu memerlukan semburan enzim mikroorganisma efektif dua minggu sekali supaya boleh mencapai ketinggian antara 15 hingga 18 meter.

Dipetik dari artikal akhbar Utusan, Ketua Pegawai Eksekutif Gaharu Technologies Sdn. Bhd., Nicklaus Ho C.W. berkata, gaharu yang ditanam secara komersial di kawasan berkenaan sejak 2008 merupakan jenis hibrid yang dikacukkan dengan 12 jenis spesies lain di Jepun.

“Kita juga hasilkan pelbagai jenis produk seperti teh gaharu, sup gaharu, minyak gaharu, cip kayu gaharu, mi segera gaharu, nougat, biskut dan aiskrim gaharu. Semua kerja pemprosesan dan pembungkusan produk kita lakukan di kilang yang turut dibuka di sini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia

Dalam pada itu, Nicklaus berkata, daun pokok gaharu yang diproses menjadi teh hijau mempunyai khasiat mengubati pelbagai jenis penyakit seperti gout, kencing manis, darah tinggi serta membantu melancarkan sistem edaran darah.

Selain boleh digunakan untuk rawatan kecantikan dan awet muda, kajian mengenai khasiat gaharu itu juga telah dijalankan bersama Sekolah Sains Farmaseutikal Universiti Sains Malaysia (USM).

Gaharu mampu merawat pelbagai jenis penyakit

Sebatang pokok gaharu boleh menghasilkan 10 kilogram (kg) serbuk kayu minyak dan 48 mililiter (ml) minyak pati gaharu.

Mengikut harga pasaran, minyak wangi gaharu dijual RM100 untuk 1ml. Selain menghasilkan minyak wangi, setitik pati gaharu juga boleh dijadikan makanan tambahan.

Antara khasiat gaharu ialah boleh menyembuhkan penyakit-penyakit seperti menaikkan fungsi seksual, merawat lelah, letih, batuk, kanser tumor, kanser paru-paru, legakan insonmia, mengawal gula dan diabetes, menstabilkan darah tinggi, mengurangkan masalah sembelit dan buah pinggang. Malah gaharu juga terkenal dengan bahan kosmetik yang bernilai kepada dunia amnya.

Kosmetik gaharu sangat sesuai untuk kulit kering dan berminyak, juga terbukti dapat menghilangkan jerawat.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Kukus King Di Setapak Ditemui! (Beratur Panjang) 😱😱

Sumber: Utusan